NumBer One for Me..

Friday 31 May 2013

jOM BelaJar caRA-Cara nk Wat kek Coklat Moist...




BAHAN-BAHAN

BAHAN A:
1cawan sebuk koko
1cawan gula pasir
1cawan susu pekat
1cawan susu cair
1cawan minyak masak

BAHAN B:
1cawan dan suku cawan tepung gandum
1sudu baking powder
1/2sudu bikabonat soda

Telur 3biji (ku ada telur gred c. Jadi guna 4biji telur)

TOPPING:
50g serbuk koko
60g mentega/magerin
1tin susu pekat (kurangkan sedikit pun boleh.)


 
 
 
 
CARA MENYEDIAKAN:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Bahan A gaul dalam periuk, masak hingga mendidih. Biarkan sejuk
  3. Bahan B disatukan,ayak.
  4. Telur dipukul (ku guna blander) masukkan bahan A dan B, kacau rata. (kuperhatikan adunan berketul, jadi ku blander kesemuanya)
  5. Masukkan dalam loyang 9x9. (memandangkan sessi rumah tak gemar, ku kukus dalam 3mangkuk bubur dan 1 keping mould bentuk hati) Semua mangkuk dan mould ku gris dengan magerin. Kukus 40minit
  6. Keluarkan kek yang dah masak, hias dengan topping. Ceriakan dengan rice coklat, badam yang digoreng tanpa minyak.
  7. Selamat mencuba.


 


 Cara Topping Masak kesemua bahan mengunakan kaedah double boiler (bahan dalam loyang, bawahnya loyang yang diisi air panas, guna api oven atas bawah selama 20minit)
 


Tuesday 11 December 2012

bagaimana membuat blog pertama anda..?

Membuat blog cukup mudah sebenarnya.Boleh sambil buat sambil belajar.Yang penting kemahuan mesti ada.Banyak sumber sumber yang kita boleh perolehi untuk mempelajari blog.Untuk mencipta blog anda mestilah mempunyai akaun dengan blogger di www.blogger.com.

Langkah langkahnya:
1.Klik pada sign up jika belum ada akaun gmail
2.Isikan butir butir dalam form  yang disediakan  dan klik pada next step
3.Anda akan dibawa ke langkah ke2 iaitu create your profile dan klik ke next step

4.Langkah ke 3..you all set anda Berjaya membuat akaun blogger.klik back to blogger untuk confirm profile anda

5.Klik back to blogger
6.Anda dibawa ke dashboard blogger..klik pada new blog

7. Masukkan tajuk blog dan alamat blog anda dan pilih template yang dikehendakki.Kemudian  klik create blog


8.Anda dibawa kembali ke dashboard…klik pada start posting

9.Masukkan tajuk artikel pada title …taipkan artikel pada ruangan yang disediakan dan klik publish untuk memaparkan posting anda.

nota:Bagi anda yang sudah mempunyai akaun gmail,anda boleh sign ke blogger dan anda bermula dengan langkah yang keenam